Tentang Kami
Kami terpanggil untuk sediakan perkhidmatan ini untuk menolong usahawan-usahawan yang ingin membina dan mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan bantuan geran dan dana yang disediakan oleh kerajaan, agensi GLC, GLIC dan bank bank tempatan yang menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk usahawan. Kami adalah sebagai pemudah cara untuk membantu para usahawan mencapai cita cita mereka dengan menyediakan perkhidmatan membuat kertas kerja dan juga membantu para usahawan menyediakan sendiri kertas kerja dengan cara profesional tetapi tidak mempunyai bajet yang besar untuk dilaburkan.
Tambahan pula, ramai usahawan yang pernah mengunakan perkhidmatan menyediakan kertas kerja yang bukan sahaja mahal malah terdapat juga pelbagai caj tambahan / tersembunyi yang tidak masuk akal dikenakan seperti 1-5% komisyen daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. Selain daripada itu juga, kos tambahan lain juga dikenakan apabila terdapat pembetulan dan dokumen tambahan yang diperlukan oleh pihak bank dan agensi kewangan. Perkhidmatan kami TIADA kos TERSEMBUNYI. Jelas dan terang InshaAllah..
Dengan pengalaman menyediakan perkhidmatan menghasilkan kertas kerja @ Rancangan Perniagaan hampir 10 tahun bermula secara Freelance dan sekarang dibawah syarikat AGS Business Consultant, Syarikat kami juga mempunyai staff berpengalaman dalam memproses kertas kerja semasa berkhidmatan dengan beberapa agensi kewangan dan perbankan seperti PUNB dan Bank Rakyat. Alhamdulilah dengan pengalaman yang ada, kami sudah membantu ramai usahawan mendapatkan pembiayaan. InsyaAllah kami akan terus berusaha untuk membantu lebih ramai lagi usahwan dengan member khidmat nasihat yang PERCUMA.
Kami tak nak menjanjikan bulan bintang tapi insyaAllah kami berusaha untuk memuaskan hati pelanggan kami. Boleh lihat portfolio kami untuk nilai hasil kerja kami.
Kenapa Pilih Kertas Kerja
Kertas Kerja Profesional
Kami hasilkan kertas kerja yang diterima oleh pelbagai agensi kerajaan dan agensi kewangan.
Team Profesional
Staff kami terdiri daripada profesional yang berpengalam & pernah terlibat secara langsung dalam bidang memproses pembiayaan di sektor bank dan agensi kewangan.
Urusan Profesional (Agreement)
Bagi meyakinkan anda, bahawa syarikat kami adalah penyedia servis Kertas Kerja Profesional. Kami tahu anda bimbang! Jangan risau..pihak kami menyediakan AGREEMENT untuk lindungi anda.
Proven & Ramai Telah Berjaya
Kami telah berjaya membantu ramai usahawan mendapatkan pembiayaan bernilai jutaan ringgit secara keseluruhanya.
Servis Pantas
Kami di Pihak Kertas Kerja akan hasilkan kertas kerja profesional dan berkualiti dalamjangka masa yang telah ditetapkan dan dipersetujui.
Servis Selepas Jualan
Servis kami tidak terhenti apabila kami siap hasilkan Kertas Kerja anda. Kami bertanggungjawab memberi maklumat dan penambahbaikan tambahan sekiranya diperlukan oleh agensi yang anda berurusan.
Agreement Disediakan
Kami faham akan kebimbangan bakal pelanggan kami akan mutu kerja dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.
Oleh itu untuk meyakinkan para pelanggan kami terutama daripada jauh dan berurusan secara oline sahaja, kami sediakan agreement untuk difahami dan ditandatangi bersama.
Kami memberikan beberapa jaminan untuk para pelanggan kami. Diantaranya ialah
- Jaminan Tempoh Siap yang pantas.
- Jaminan Penambahbaikan PERCUMA!
- Tiada Kos Tersembunyi.
- Jaminan Kualiti Kertas Kerja Professional yang kami hasilkan.
- Warranty selama 4 bulan daripada tempoh kertas kerja siap.
- Lain Lain
